I made this widget at MyFlashFetish.com.

Peter Drucker - "Webucation umpama perniagaan matahari terbit..."

Webucation merupakan peluang perniagaan yang paling berpotensi untuk masa hadapan bahkan lebih berpotensi dari Makanan Kesihatan dan Komunikasi.
Perniagaan seperti ini dikategorikan sebagai Ekonomi Matahari Terbit yang mempunyai peluang yang cerah untuk berjaya dalam satu jangkamasa yang panjang.

APA ITU SCORE A PROGRAM?

Score A Programme™ menyediakan peluang untuk anak/pelajar menjadi cemerlang di dalam pelajaran (di samping enjoy belajar), dan ibubapa/kita menjadi gemilang di dalam bisnes (di samping enjoy duit).

Bagus untuk budak-budak ni… daripada main computer & tv game je… dan bagus untuk ibubapa juga… sebab busy macam mana pun kerja/bisnes, masih boleh pantau prestasi pelajaran anak-anak.

Saturday, February 27, 2010

Aktiviti Score A Di Tawau Minggu Ini









Alhamdulillah dan syukur kepada Allah.
Mungkin dah memang rezeki kami di Tawau.
Minggu ini ada 2 Program Score A akan dijalankan.


1) Program Score A di Perpustakaan Tawau
Tarikh : 28 Feb,2010
Waktu : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

2) Score A di Program Juara Rakyat Bulan Pendidikan.
Tarikh : 28 Feb,2010 dan 1 Mac,2010
Waktu : 9.00 pagi hingga 5.00 petang.


Majlis Perasmian Program Juara Rakyat akan di rasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Panglima Haji Ghapur Salleh Ahli Parlimen Kalabakan P.191.
Jelas disini betapa pendidikan adalah antara keutamaan Dasar Kerajaan.
Dan Score A adalah syarikat MLM yang mendapat jemputan eksklusif untuk membuat presentation preview didepan khalayak masyarakat Tawau.
Jadi jangan buang masa anda lagi. Mari bersama kami.
Buat keputusan anda sekarang agar anda tidak ketinggalan menjadi antara pioneer di Tawau dan Sabah.
Walau dimana anda berada... waima dipisahkan Laut China Selatan...
selagi ada ibubapa dan pelajar...
selagi ada sekolah dan pusat pengajian tinggi...
Selama itulah Score A akan hidup dan menular umpama wabak...
Rebutlah peluang ini... Ayuh bersama kami...
Sampaikan mesej ini dan berilah peluang pada rakan-rakan kita memulakan perniagaan...
Berilah peluang pada anak-anak kita dan anak-anak rakan kita belajar...
Kongsi dan bantulah mereka mencapai impian...

Anak-anak Score A... Ibubapa Score RM...

Thursday, February 25, 2010

Awas!!! Clone Score A...

Baru-baru ini telah wujud pesaing untuk Score A.
Ya, pesaing baru tetapi bukan tandingan pada Score A.
Dan apa yang menjadi persoalan ialah bagaimana sebuah syarikat itu boleh beroperasi tanpa Lesen AJL???
Jadi berhati-hatilah membuat pilhan kerana apa yang kita lakukan akan menjadi refleksi kita dimasa depan.
Pilihlah produk yang sudah established. Produk yang sudah berusia hampir SEBELAS tahun.
Ianya umpama bayi berusia 2 bulan berlumba lari dengan budak berumur 11 tahun.
Siapakah yang akan memenangi perlumbaan tersebut???
Pilihlah produk yang telah pun mendapat endorsement dari kerajaan.
Produk yang telah memiliki beribu Live Testimonial pelajar dan bukannya masih diperingkat Beta Tester.
Kerana pelajaran anak-anak bukannya sekadar ujikaji.

Wednesday, February 17, 2010

Peluang Perniagaan Yang Asli...

Dengan adanya Sijil Pengesahan dan Kepatuhan Syariah ini seolah-olah membuka dimensi baru dalam perniagaan Score A.
Ditambah lagi dengan promosi Aktifkan Pakej Pengguna Baru sebelum 31 Mac,2010 maka boleh akses selama SATU tahun.

Promosi I-Teaching yang akan bermula pada bulan Mac,2010 untuk pelajar tingkatan 4 dan 5. Program ini dilengkapi Animation, Self-Assessment, On-Demand Power Point Presentation and yang paling unik sekali Intelligent Avatar yang merupakan tutor robot yang sangat pintar dan interaktif. Pelajar akan merasakan seolah-olah ada guru peribadi yang memberikan tunjuk ajar di dalam bilik sendiri. Ada EMPAT watak Avatar yang boleh dipilih oleh pelajar. Program ini terhasil dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Universiti Sains Malaysia.

Makanya, bagi kita yang tercari-cari jenis perniagaan untuk menambah pendapatan boleh saya nyatakan disini bahawa ini adalah Genuine Opportunity kepada kita.
Lagipun bisnes berteraskan IT jenis apa yang boleh kita buat dengan hanya bermodalkan RM1788 sahaja???
Rebutlah peluang ini... dan jangan lupa prinsip dan nawaitu kita...

"Sampaikan mesej ini kepada rakan-rakan, kongsikan ilmu dan pengalaman yang kita ada dan kongsikan peluang perniagaan ini. InsyaAllah jualan akan datang dengan sendirinya..."

Tuesday, February 16, 2010

SIJIL PENGESAHAN DAN KEPATUHAN SYARIAH




Dengan rasa bangga dan berbesar hati pihak syarikat Kenshido International Sdn Bhd telah disahkan Kepatuhan Syariah pada 7 Februari 2010 bersamaan 22 Safar 1431.
Di atas adalah salinan Sijil Kepatuhan tersebut dan syukur alhamdulillah tiada lagi was-was tentang sumber pendapatan dari perniagaan ini kerana Produk dan juga
Pelan Pemasaran Bertingkat kami telah dipantau dan dianalisa dan didapati
TIADA perlanggaran terhadap Hukum Syara'.

Pertama dianugerahkan kepada mana-mana syarikat Network Marketing di Malaysia mahupun di seluruh dunia!

Alhamdulillah, semoga kita lebih yakin untuk menjalankan perniagaan ini dan semoga segala usaha kita mendapat berkat dariNya...Amin.....

1 MALAYSIA 1 CARD





APA TUNGGU LAGI? MARI BERSAMA-SAMA KAMI MEREALISASIKAN IMPIAN ANDA UNTUK MELIHAT ANAK2 ANDA SCORE A DI SAMPING ANDA SCORE RM.....JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI..... REBUTLAH SEKARANG...

Produk Terbaru Score A Programme





Memperkenalkan Score A programme i-Teacher, satu program hasil kajiselidik USM yang sekarang bekerjasama dengan syarikat Kenshido International Sdn Bhd untuk memasarkan kepada umum melalui Score A Programme. Menepati keperluan semasa terutama bagi pelajar Tingkatan 4 & 5 yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Score A programme i-Teacher dilengkapi dengan Animation, Self-Assessment, On-Demand Power Point Presentation and yang paling unik sekali Intelligent Avatar yang merupakan tutor robot yang sangat pintar dan interaktif. Program ini akan dapat digunakan pada bulan Mac 2010 oleh pelajar Tingkatan 4 & 5, dan kemudian semua peringkat pada masa akan datang.

Ternyata sekali Score A Programme adalah program e-learning pertama dan terunggul masa kini. Jangan tunggu lagi!! Dapatkanya SEKARANG!!

Wednesday, February 3, 2010

PROMOSI ISTIMEWA




Info terkini...
kepada semua bakal pengguna dan juga eBiz partner Score A...
Activation starter pack sebelum 31 Mac, 2010...
boleh akses portal selama SATU Tahun...

maknanya 6 bulan percuma...
x perlu topup...
peluang nak berjimat dan meningkatkan jualan dan prospecting...
Selamat beramal dan berkongsi peluang perniagaan...
jumpa di puncak kejayaan...

Monday, January 25, 2010

WEBUCATION - THE SUNRISE BUSINESS

Webucation adalah gabungan dari dua perkataan, iaitu website dan education.
Perkataan webucation adalah datangnya dari idea pakar pengurusan dunia iaitu Peter Drucker.
Siapakah Peter Drucker ?

Jika anda bertanya pada 10 orang di dunia ini, siapakah The Greatest Business Thinker ? sudah tentu 8 orang dari mereka pasti menjawab Peter Drucker! Menurut Peter Drucker ( Ahli falsah ekonomi dan dunia korporat dan juga pakar pengurusan ) :


" Webucation Is The Next Great Growth Opportunity "





Menurutnya, para pelajar masa kini adalah lebih berminat untuk belajar one-to-one buktinya ? :

Pelajar boleh belajar pada bila-bila masa mengikut kehendak mereka

Pembelajaran secara online adalah lebih efektif dan efisien berbanding belajar di bilik darjah !

Pelajar juga boleh mengulangi pelajaran mereka seberapa banyak yang mereka suka pada bila-bila masa.

Melalui sistem pembelajaran di internet kita tidak mampu untuk mengatakan tidak ! Hingga ke peringkat dewasa sekalipun, kita tetap akan meneruskan pembelajaran tanpa mengira usia !

PENGENALAN

Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output”, kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari.
Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input – membaca, belajar, menghafal dan mendengar adalah pembelajaran input.
Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.

Untuk menyerlah, anak anda memerlukan pembelajaran output. Ketahuilah bagaimana kami melatih anak anda teknik pembelajaran output kami.
Kami telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Kami akan membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting, tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan A.




Score A Programme™ juga diwujudkan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh ibubapa dan pelajar sendiri seperti:-

Sikap Para Pelajar:-

Merasa beban dan bosan untuk belajar cara konvensional yang hanya menggunakan buku sebagai medium menuntut ilmu;
Tiada motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang;
Tiada minat untuk membaca buku dan membuat buku latihan;
Selalu menghabiskan masa di depan komputer dengan chatting, bermain game dan melawat laman-laman web yang tidak berfaedah; juga
Tidak mendapat perhatian ibu bapa yang sibuk bekerja.


Masalah Ibu bapa:-

Tidak dapat menilai pencapaian akademik anak anda;
Tidak dapat memberi perhatian kepada kerja rumah dan ulangkaji anak anda;
Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak;
Anak hanya membawa balik kad laporan 2 kali setahun;
Kurang pasti akan persediaan peperiksaan anak anda;
Anak anda menghadapi tekanan/ takut peperiksaan justeru hilang minat untuk belajar;
Membelanjakan wang yang banyak tetapi anak masih gagal memperolehi keputusan diharapkan; juga
Kekurangan interaksi ibubapa dengan anak-anak.
Score A Programme™ ialah program Webucation (gabungan website dan education) yang pertama di Malaysia.



Menurut Peter Drucker

Mengikut kajian para pakar ekonomi dunia, seperti Peter Drucker, ‘Webucation’ adalah merupakan peluang perniagaan yang paling berpotensi untuk masa hadapan bahkan lebih berpotensi dari Makanan Kesihatan dan Komunikasi. Perniagaan seperti ini dikategorikan sebagai Ekonomi Matahari Terbit dimana ia mempunyai peluang yang cerah untuk berjaya dalam satu jangkamasa yang panjang.



Di Malaysia pula, pada tahun 2010, Kerajaan telah mensasarkan semua sekolah menjadi sekolah Bestari dimana pada ketika itu, para pelajar akan belajar melalui laman web dan portal pendidikan seperti Score A Programme.




Sejarah Penubuhan Score A Programme™

Dibangunkan oleh Kenshido International Sdn. Bhd. (dulu dikenali sebagai Edu-2u Portal Sdn. Bhd.) pada tahun 1999.
Pelopor yang terunggul dalam Portal Pendidikan.

R&D selama 3 tahun. Modal RM4.5 juta bagi mencipta perisian.
Pada tahun 2002, telah dilancarkan di 14 buah Sekolah Bestari di Malaysia. Diberikan secara percuma untuk di uji kerberkesanannya.
Projek ini telah mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Hasil daripada percubaan sistem ke atas Sekolah Bestari ini selama 3 tahun iaitu daripada 2002 sehingga 2005, 93% pelajar-pelajar yang menggunakan Score A Programme™ telah mendapat pencapaian cemerlang 5A di dalam UPSR dan 8A di dalam PMR iaitu 100% A.


Dipasarkan secara berperingkat sejak pelancarannya pada tahun 2002.
Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dan diiktiraf oleh kerajaan, pada tahun 2006, Score A Programme™ telah dipasarkan secara meluas melalui konsep jaringan pemasaran iaitu MLM (Multi Level Marketing) agar lebih ramai masyarakat dapat menyedari kewujudan produk pembelajaran yang hebat ini di samping memberi peluang ke arah peningkatan ekonomi.


Silibus

Meliputi 100% sukatan mata pelajaran dan silibus TERKINI Kementerian Pendidikan Malaysia
Mengandungi lebih 250,000 bank soalan yang berkualiti dan sentiasa dikemaskini
Digubal oleh guru-guru pakar mata pelajaran dan penggubal kertas soalan.

Sekolah Rendah (Tahun 1-6)
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
Sains (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
Bahasa Cina



Sekolah Menengah (Tingkatan 1-3)
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik (Bahasa Inggeris)
Sains (Bahasa Inggeris)
Bahasa Cina
Sejarah
Geografi



Tingkatan 4 dan 5 – Pelancaran pada 15-Ogos-2009.
Kesusasteraan:
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Sains
Perdagangan
Prinsip Akaun
Ekonomi Asas
Sains:
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Fizik
Kimia
Biologi

Sunday, January 24, 2010

Testimoni Score A Programme




































Ciri-ciri Unik Score A Programme





eTopic™
*Pembelajaran output sebaik sahaja selesai pelajaran input tentang sesuatu topik bagi membantu pelajar lebih memahami setiap topik dalam mata pelajaran yang mereka pelajari;
*Markah lulus 80% iaitu A.
*Penandaan adalah serta-merta.
*Keputusan adalah serta-merta dan di hantar ke e-Report Card dan sms ke telefon bimbit ibubapa.




eAssessment™
*Latihan output secara serta merta yang tidak terhad menguatkan kemahiran pelajar dalam menghadapi peperiksaan.
*Seperti kaedah bermain game, terdapat sistem ranking yang menggalakkan persaingan sihat.
*Pelajar perlu lulus tahap pertama untuk pergi ke tahap seterusnya.
*Penandaan dan keputusan adalah serta merta.
*Keputusan akan dihantar ke e-Report Card dan di sms ke telefon bimbit ibubapa.




eTrial Exam™
*Dicipta seolah-olah peperiksaan sebenar untuk membantu pelajar bersedia dan meningkatkan keyakinan sebelum peperiksaan sebenar.
*Melatih pelajar agar pandai mengurus masa dan terdedah dengan pelbagai bentuk soalan peperiksaan.
*Keputusan adalah serta merta dan dihantar ke e-Report Card dan di sms kepada ibubapa.




ePast Year Exam™
*Soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas disediakan khas untuk membantu pelajar mengenal corak dan bentuk soalan sebenar supaya pelajar mencapai kecemerlangan 'A'.
*Satu-satunya e-learning yang diberikan hak untuk menerbitkan kembali kertas-kertas peperiksaan sebenar UPSR dan PMR daripada tahun 1993 sehingga sekarang daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.




eTopic™ & eAssessment™
*Modul soalan berkonsepkan latih tubi & pengukuhan.
*Pemeriksaan serta-merta dan kata-kata motivasi.
*Membantu pelajar menjawap soalan dalam keadaan yang menyeronokkan.




eTrial Exam™ & ePast Year Exam™
*Modul soalan berkonsepkan peperiksaan.
*“Coundown Timer” berdasarkan jangkamasa peperiksaan sebenar.
*Pelajar akan sentiasa bersedia (exam ready) untuk menghadapi suasana peperiksaan yang sebenar.




eProgress™
*Carta pemantauan yang membolehkan ibubapa mengikuti perkembangan anak-anak melalui eTopic™. Ciri ini adalah satu kaedah pemantauan yang efektif. Ia direkabentuk untuk memastikan bahawa ibubapa sentiasa diberitahu tentang kesemua latihan-latihan eTopic™ anak-anak mereka.
*Ibubapa juga akan dikemaskinikan tentang bilangan percubaan yang telah dilakukan oleh anak untuk setiap topik. Justeru itu menunjukkan topik-topik yang didapati sukar. Maklumat ini membolehkan ibubapa mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.




eNotes™
*Nota ringkas tetapi padat.
*Disediakan dari guru-guru pakar mata pelajaran.
*Membantu pelajar untuk mengulangkaji dan membuat rujukan.
*Berkonsepkan peta minda.




eDictionary™
*Khas untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, sebagai penterjemah kepada perkataan-perkataan yang tidak difahami oleh pelajar.
*Mempunyai terjemahan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina.




eReport Card™ (Online dan sms)
*Memudahkan ibubapa memeriksa prestasi akademik anak.
*Membantu ibubapa memantau kekuatan dan kelemahan anak.
*Mendapat tahu perkembangan anak pada bila-bila masa.
*Membolehkan ibubapa memberi bantuan serta-merta.
*Tidak lagi sekadar mengharapkan report card daripada sekolah sahaja yang mana pada masa itu semuanya sudah terlambat.