I made this widget at MyFlashFetish.com.

Peter Drucker - "Webucation umpama perniagaan matahari terbit..."

Webucation merupakan peluang perniagaan yang paling berpotensi untuk masa hadapan bahkan lebih berpotensi dari Makanan Kesihatan dan Komunikasi.
Perniagaan seperti ini dikategorikan sebagai Ekonomi Matahari Terbit yang mempunyai peluang yang cerah untuk berjaya dalam satu jangkamasa yang panjang.

APA ITU SCORE A PROGRAM?

Score A Programme™ menyediakan peluang untuk anak/pelajar menjadi cemerlang di dalam pelajaran (di samping enjoy belajar), dan ibubapa/kita menjadi gemilang di dalam bisnes (di samping enjoy duit).

Bagus untuk budak-budak ni… daripada main computer & tv game je… dan bagus untuk ibubapa juga… sebab busy macam mana pun kerja/bisnes, masih boleh pantau prestasi pelajaran anak-anak.

Monday, January 25, 2010

PENGENALAN

Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output”, kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari.
Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input – membaca, belajar, menghafal dan mendengar adalah pembelajaran input.
Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.

Untuk menyerlah, anak anda memerlukan pembelajaran output. Ketahuilah bagaimana kami melatih anak anda teknik pembelajaran output kami.
Kami telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Kami akan membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting, tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan A.




Score A Programme™ juga diwujudkan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh ibubapa dan pelajar sendiri seperti:-

Sikap Para Pelajar:-

Merasa beban dan bosan untuk belajar cara konvensional yang hanya menggunakan buku sebagai medium menuntut ilmu;
Tiada motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang;
Tiada minat untuk membaca buku dan membuat buku latihan;
Selalu menghabiskan masa di depan komputer dengan chatting, bermain game dan melawat laman-laman web yang tidak berfaedah; juga
Tidak mendapat perhatian ibu bapa yang sibuk bekerja.


Masalah Ibu bapa:-

Tidak dapat menilai pencapaian akademik anak anda;
Tidak dapat memberi perhatian kepada kerja rumah dan ulangkaji anak anda;
Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak;
Anak hanya membawa balik kad laporan 2 kali setahun;
Kurang pasti akan persediaan peperiksaan anak anda;
Anak anda menghadapi tekanan/ takut peperiksaan justeru hilang minat untuk belajar;
Membelanjakan wang yang banyak tetapi anak masih gagal memperolehi keputusan diharapkan; juga
Kekurangan interaksi ibubapa dengan anak-anak.
Score A Programme™ ialah program Webucation (gabungan website dan education) yang pertama di Malaysia.



Menurut Peter Drucker

Mengikut kajian para pakar ekonomi dunia, seperti Peter Drucker, ‘Webucation’ adalah merupakan peluang perniagaan yang paling berpotensi untuk masa hadapan bahkan lebih berpotensi dari Makanan Kesihatan dan Komunikasi. Perniagaan seperti ini dikategorikan sebagai Ekonomi Matahari Terbit dimana ia mempunyai peluang yang cerah untuk berjaya dalam satu jangkamasa yang panjang.



Di Malaysia pula, pada tahun 2010, Kerajaan telah mensasarkan semua sekolah menjadi sekolah Bestari dimana pada ketika itu, para pelajar akan belajar melalui laman web dan portal pendidikan seperti Score A Programme.




Sejarah Penubuhan Score A Programme™

Dibangunkan oleh Kenshido International Sdn. Bhd. (dulu dikenali sebagai Edu-2u Portal Sdn. Bhd.) pada tahun 1999.
Pelopor yang terunggul dalam Portal Pendidikan.

R&D selama 3 tahun. Modal RM4.5 juta bagi mencipta perisian.
Pada tahun 2002, telah dilancarkan di 14 buah Sekolah Bestari di Malaysia. Diberikan secara percuma untuk di uji kerberkesanannya.
Projek ini telah mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Hasil daripada percubaan sistem ke atas Sekolah Bestari ini selama 3 tahun iaitu daripada 2002 sehingga 2005, 93% pelajar-pelajar yang menggunakan Score A Programme™ telah mendapat pencapaian cemerlang 5A di dalam UPSR dan 8A di dalam PMR iaitu 100% A.


Dipasarkan secara berperingkat sejak pelancarannya pada tahun 2002.
Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dan diiktiraf oleh kerajaan, pada tahun 2006, Score A Programme™ telah dipasarkan secara meluas melalui konsep jaringan pemasaran iaitu MLM (Multi Level Marketing) agar lebih ramai masyarakat dapat menyedari kewujudan produk pembelajaran yang hebat ini di samping memberi peluang ke arah peningkatan ekonomi.


Silibus

Meliputi 100% sukatan mata pelajaran dan silibus TERKINI Kementerian Pendidikan Malaysia
Mengandungi lebih 250,000 bank soalan yang berkualiti dan sentiasa dikemaskini
Digubal oleh guru-guru pakar mata pelajaran dan penggubal kertas soalan.

Sekolah Rendah (Tahun 1-6)
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
Sains (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
Bahasa Cina



Sekolah Menengah (Tingkatan 1-3)
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik (Bahasa Inggeris)
Sains (Bahasa Inggeris)
Bahasa Cina
Sejarah
Geografi



Tingkatan 4 dan 5 – Pelancaran pada 15-Ogos-2009.
Kesusasteraan:
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Sains
Perdagangan
Prinsip Akaun
Ekonomi Asas
Sains:
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Fizik
Kimia
Biologi

No comments:

Post a Comment